nuffnang

Rabu, Julai 13

Kisah Kami...

Namaku Che....Aku dilahirkan pada tahun 1987. Aku seorang lelaki yang pemalu yang bisa takut untuk mendekati seorang wanita. Kerana dengan satu prinsip. Aku akan mengenali seorang wanita yang takkan aku berkawan dengannya. Iaitu atas pilihan ayah dan emakku sendiri.
Bukan aku tak pernah meminati seorang wanita tetapi disebabkan malu yang menebal, aku pendamkan sahaja perasaan itu. Perempuan-perempuan yang aku kawan semua aku anggap sebagai kawan rapatku sahaja. Sungguh sukar untuk aku mempunyai sebuah perasaan yang tegar untuk mencintai.

Sehinggalah pada tarikh keramat iaitu 26 Mei 2011, aku diperkenalkan oleh ayah dan emakku dengan seorang wanita yang tak pernah aku kenali. Itupun aku merasa berat untuk mengenali si dia untuk aku makan malam bersamanya dan ayah, emakku di sebuah restauran ikan bakar di bandar terkemuka.

Setiba aku di situ, aku terkedu. Si dia bukanlah seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain atau Erra Fazira akan tetapi ku rasa hati ini terpaut padanya. Begitu sukar aku melihat seorang wanita dengan hati walau waktu itu aku gementar. Namanya Maz. Aku seperti melihat seorang yang bakal aku sunting untuk suri hatiku.


Selepas pertemuan itu, pada 27hb Jun 2011, emak dan ayahku merisik Maz dengan menghantar wakil ke rumah Maz. Kami menunggu dengan penuh debaran samada Maz dan keluarganya menerima risik dariku dan emak, ayahku. Maz dan keluarganya menerima risikan kami dan aku berasa teruja kerana Maz menerima aku seadanya aku walau kami belum pernah berdating. Tapi dalam kamus hidupku DATING hanyalah perkataan yang membuatkan aku berhati-hati dengan membawa Mahram kerana dalam Islam, tidak dituntut untuk berdua-duaan kerana di situlah akan menjadi bertiga.


Sejak hari itu, aku hanya bermesej dalam henset dan berchatting dalam Facebook. Aku tidak pernah menelefon Maz kerana aku gugup untuk berkata-kata dengan seorang perempuan.
Selama sebulan kami berhubungan tanpa berjumpa, aku melamarnya untuk Maz menerima diriku.

Hinggalah tibe tarikh keramat kami, seminggu sebelum kami bertunang, kami keluar bersama diikuti mahram adik Maz bershopping barang-barang hantaran. Aku merasa bahagia bersamanya walau itulah kali pertama kami keluar itupun bersama adiknya.

Tanggal 10 Julai 2011, kami bertunanang. Majlis pertunangan kami diraikan besar-besaran. Aku begitu bahagia bersama Maz. Aku sayangkan Maz sehingga aku merasa sesuatu yang terindah dalam hidupku kerana dapat memilikinya.

Tetapi sehari selepas pertunangan kami, kami dilanda masalah. Aku menyuruh dan menasihati Maz agar bersabar kerana itu adalah dugaan kami semasa bertunang. Walau kadang-kadang Maz merasa tercabar dan sedih, aku tetap akan menyayangi Maz dan sentiasa akan bersamanya selamanya. Mujurlah Maz cepat kool walau kadang kala Maz kuat membebel kalau ada yang tak kena.

Sebelas hari pertunangan, Maz makin kuat merajuk. Aku tak angkat telefon jua merajuk. Maklumlah, perempuan selalu berfikiran macam-macam. Tetapi hatiku tetap menyayangi Maz kerana satu jalinan yang aku kekal ingin bersamanya. Lagu KEKASIH, nyanyian Kumpulan DEEVOTEES. Begitu membuatkan aku terharu kerana Maz tujukan lagu tersebut untuk aku sentiasa mengingatinya.

Tinggal empat bulan lagi, Maz bakal menjadi suri hidupku. Begitu tabah hatiku untuk menunggu kehadiran Maz sebagai isteri. Akan aku jaga, akan aku hargai, akan aku hormati dan akan aku menjadi seorang suami yang sentiasa berada bersama isteri. Seorang istei yang bakal melahirkan zuriat-zuriatku. Insya Allah...

Maz........abang akan sentiasa bersamamu sayang. Abang akan sentiasa bahagiakan hidupmu di dunia dan di akhirat. Aminnn..........salam sayang dari abang.....

Kisah kami (yang tebaru warkah untuk sayang MAZ)

kini aku telah bekawin tapi semua impian aku bekecai. dia meningalkan ku kini aku keseorangan
tapa belaiyan darinya aku tidak tahu ape salah ku aku aku tidak tahu ape dosa ku sehinga aku dipelakukan begini

sayang jika kau medengar luwahan ku kembali lah kau kejalan yg benar. abg setiasa ada untuk mu abg sentiasa menunggu mu. walau apa rintangan yg datang sayang cinta pertama abg. jika wakah in menggangu sayang maaf kan abg . abg hanya inginkan sayang disisi abg. belum sempat abg kecapi impian abg sayang telah pegi.

andai kita ditakdirkan besama lagi. abg ingin hidup bahagia bersama sayang. mengapa sayang tingalkan abg ada kah abg tak cukup leleki untuk sayang. abg redo atas kentetuan allah. walau pun kini aku berseorang ngan aku bahagia bersama mu ya allah.

sayang terima kasih untuk segalanya . walau perhubungan kita hanya betahan dua minggu. aku cukup bahagia bersamamu. apa yg kerluarga sayang laku kan pada abg. abg maaf kan semua nya
walau pun sayang mendahaka pada abg. abg juga telah maaf kan. abg tak sanggup melihat sayang berada di neraka ketika hari akhirat kelak. abg sentiasa doakan sayang agar sayang menemui kebahagian dunia dan akhirat.
ya allah aku mecintainya kerana mu bukan nafsu. jika ia untuk aku kau temuikan aku bersamanya kembali. jika ia bukan untuk ku temu ia kepada insan yg lebih baik dari ku.
ya allah kenangan ku bersama nya terlalu sukar untuk ku lupai. ya allah siapa kah bidadari yg kau ciptakan untuk ku sebenarnya ada kah dia (MAZ) atau orang lain. 
aku akan tunggu isteri ku sehinga akhir hayat ku. aminn...
warkah ini untuk
mazliza binti mansor
jika sesiapa membacanya
kabarkan lah kepadanya
aku amat mecintai nya
wahai seudara ku
aku menyeru mu
kabarkan berita warkah in
kepadanya.







Published with Blogger-droid v1.7.3